di tengah kebodohan saya tentang teori-teori, yang pop, metal mahupun underground, berkenaan tuhan, masih saya rasa saya perlu nak mempersoalkan tentang dia. dan saya faham, ada desakan untuk tuhan itu dihurufbesarkan, tapi saya enggan ikut, sebab tak nampak sebab yang relevan. kecuali dari sudut hukum bahasa, sebab tuhan itu kata khusus.
tapi kalau alasan, dengan mengurufkecilkan tuhan, atau mana-mana perspektif yang merujuk kepada tuhan seperti 'dia', akan memperkecilkan kekuasaannya, rasanya dangkal.
ada ayat Goenawan Mohamad, dalam bukunya Tuhan dan Hal-hal Yang Tak Selesai. kira-kira begini, kalau kita meyakini tuhan sama seperti kita meyakini bahawa bumi mengelilingi matahari, kepercayaan kita belum sempurna. kira-kira, sebab itulah yang saya faham.
dan ketika saya duduk di bangku, menunggu kawan, sambil membaca ulang ayat itu, saya rasa macam...
apa pun, hujan tengah lebat sekarang. dan bila saya perhati hujan, saya rasa, dan ini dah dilakukan oleh ramai orang, RAMAI, saya rasa hujan macam tuhan kot.
No comments:
Post a Comment