Saturday, 21 December 2013

be a fool

pagi tadi, saya dibangkitkan oleh ketukan di pintu yang panjang dan bertalu-talu. ianya 10 A.M. matari dah mula jumpa jalan untuk ke tengah langit. dan saya, yang sengaja mahu katil di sebelah jendela, selalu terkena biangnya. ketukan itu berasal dari brader-brader yang sepatutnya pasang langsir di bilik. lepas ditegur, yang rambut saya betul macam perempuan, dan ketawa, dan bunyi grill, semuanya selesai. 

di bilik saya ada langsir. dan selepas ini, saya boleh saring cahaya matari pagi. oh yea!

apa pun tadi. saya bersandar di dinding. jendela rapat ke telinga. tengah hujan. jadi, kononnya deep. dan apa-apalah benda bebal penyajak sekarang suka sangat buat, saya konon buat sekali. kemudian, entahlah. pertama kali saya dengar, hujan yang jatuh menimpa cermin jendela, rupanya buat bunyi sekali.

seronok juga.

No comments: