Jangan dulu kau bunuh ruhku,
tuhan.
Tidak hingga impi-impi
pemilik-pemilik sorgaku jadi realiti.
Yang boleh mereka rangkul peluk dan cium
Yang mampu bikin segerombolan jemaah pendengki itu,
dibakar sampai hangus mampos oleh cemburu.
atau jika dikasihankan dek belas dua manusia (luar) biasa itu
-setakat dilencun oleh liur-liur sendiri yang tak pernah lelah mereka sedekahkan dulu.