Ini
cerita tentang seorang jururawat yang telah hilang semangat untuk hidup
gara-gara sudah terlalu lelah melihat kematian meragut nyawa dan kehidupan
orang-orang yang datang kepadanya semata-mata untuk merasa kembali indahnya
hidup sebagai manusia yang tidak ada penyakit sama sekali.
Jururawat
tersebut suka akan buku, dan filem dan kebanyakan dari duit gajinya dibelanjakan
ke dua perkara tersebut. Hatta jika terpaksa berlapar dan bergadai bergolok
nyawa untuk mendapatkan buku dan filem yang berkualiti pun dia sanggup.
Akan kesanggupan Jururawat bukanlah semata
kerana suka dan cintanya pada dua perkara tersebut, tetapi juga Jururawat
percaya bahawasanya dengan membelanjakan duit gajinya kepada dua perkara
tersebut, Jururawat sedang menyucikan duit gajinya yang tidak seberapa itu dari
dosa-dosa mengecewakan harapan orang-orang yang datang kepadanya semata-mata
untuk merasa kembali indahnya hidup sebagai manusia yang tidak ada penyakit
sama kali.