Wednesday 12 February 2014

cari pelangi nikmati pelangi [edited]

saya berjumpa dengan raksasa-raksasa lain setiap hari. tapi sedikit pun saya tak pernah merasakan bahawa saya sukakan mereka. sebaliknya, ada rasa tidak selesa yang meluap-luap yang saya rasakan tentang mereka. ada sesuatu tentang mereka yang buatkan saya rasa --- seperti ada hollow yang ditebuk di tengah-tengah kewujudan saya. dan di situ, lubang hitam berpusar-pusar tanpa henti. menelan segala macam pengertian, perasaan dan tujuan.

akhirnya, yang mampu saya lakukan, adalah pulang ke rumah. tidur. dan kembali berjumpa dengan raksasa-raksasa ini setiap bangun tidur. kerana pengertian, perasaan dan tujuan kewujudan saya adalah mereka. tanpa mampu peduli apa-apa tentang diri saya sendiri.

2 comments:

hanaahmad said...

aku syak kau spesis yang susah nak suka keberadaan orang lain kan?

Unknown said...

bukanlah tak suka per se. mungkin kata yang tepat adalah sukar.