Monday 20 January 2014

kitsch, pop, poyo dan memualkan (a.k.a entri cari gaduh, lagi, dowh)

keresahan ramai orang dengan trend stesen tv media prima, TV 3 mengadaptasi buku-buku cinta kitsch, pop, poyo dan memualkan, terbitan penerbit-penerbit yang ... sehingga menjadi kegilaan orang ramai, punya basis yang nampaknya rasional. sebab menurut khabar, drama-drama itu sangatlah, memualkan, baik dari segi cerita mahupun pelakon-pelakonnya. 

keresahan ini kita nampak kat twitter, dan kegilaan ini juga kita nampak kat twitter. kita baca tweet orang, baik yang resah mahupun yang gila, dan ianya... overwhelming. walaupun stesen tv lain sebelum ini, contohnya RTM 1, dah pernah dan sering tayang drama adaptasi buku-buku poyo, dan kalau tak silap, non-poyo juga (sila lihat Lepaskan Aku Kembali Ke Laut musim 1, 2 dan 3) tapi TV 3, yang pegang saiz market penyiaran tv yang besar, dah, menurut pemerhatian saya, cipta satu trend, dan mungkin dalam masa yang sama, cipta market yang baru -- atau mungkin orang yang baca novel ini adalah sama dengan orang yang sangat setia dengan TV 3. 

apa pun, secara pukul ratanya, TV3, dah cipta trend baru dalam kalangan penonton, dan mungkin dalam masa yang sama, dah cipta market baru juga. 

apa yang saya nak sampaikan ialah, ramai orang yang resah itu, kalau pencandu penerbit alternatif raksasa Lejen Press dan Buku Fixi, rasanya tak layak nak resah. atau silakanlah resah, tapi sedarlah satu hal, bahawasanya kegilaan orang ramai sekarang dengan drama-drama adaptasi tersebut, dengan kegilaan orang ramai ke atas Lejen Press dan Buku Fixi di awal kemunculan mereka, adalah sama. dan keresahan ramai orang, ke atas produk-produk dua penerbit ini, adalah sama.

dan kitsch, pop, poyo dan memualkan, mungkin juga boleh dikaitkan dengan salah satu penerbit tersebut. dan market yang gila dengan mereka (TV3, Lejen Press, Buku Fixi) sama saja hal ehwalnya.

[cuma, mungkin, 'RTM 1' dalam konteks dunia penerbitan alternatif/indie/bla bla bla, tidaklah punya dendam yang sama, seperti dunia penyiaran tv. gitu]

1 comment:

hanaahmad said...

haha. kiranya kau mengikut juga la arus semasa sebab siap tahu nama drama semua tu. nasib baik aku dah lama tak ngadap tv jadi masalah-masalah kitsch, pop, poyo dan memualkan ni tak sempat langsung nak masuk dalam ruang fikir aku. aku baru tahu, sebenarnya hidup tanpa internet, tv, radio dan cuma dengan hidupan sekeliling adalah lebih fun dan bahagia. cuba lah !