Wednesday 20 November 2013

of ügh, cereka

app itu kata semua tweet dia akan delete. dengan tangkas. jadi aku gunalah. dan di page utama. pada option. aku tick 'all 100, 000 tweets of 100, 000 tweets'. 3 tahun punya bebel tak sampai 5 saat dia kata settle. celaka, ujar aku sambil tarik nafas lega.

tapi bila buka twttr, semua masih ada. satu-satu tweet aku masih berbaris. macam jemaah kat masjid. aku tak tahu nak buat apa. jadi aku tenung skrin. kepala dah melayang masuk celah fikiran mana-entah. kemudian. pada skrin. baris-baris tweet aku menari-nari. kopiah masing-masing dibantai. piksel-piksel skrin pecah. aku ternganga. semua tweet aku pandang aku. tenung dalam-dalam. entah piksel satu-satu dah masuk celah piksel mana-entah. kemudian tanpa amaran. satu-satu terbaring atas skrin. gelakkan aku. piksel-piksel berterabur jadi gelombang bunyi. betul-betul macam babi. 

barangkali. memang betul. komedi sekarang senang dicari. contonya dicerai sebab sebaris tweet. di dunia sekarang. memang dah cukup. cukup. cukup. cukup. cukup kelakar.

2 comments:

imn said...

barangkali kicauan itu belum mahu pergi. ;)

Unknown said...

barangkali. atau internet memang dah jatuh cinta dengan kicau itu semua. haha