ini percubaan kali ke berapa entah saya untuk karang sebuah cerita yang molek untuk saya baca lagi bila-bila masa saya berkehendakkan. sekarang ini saya sedang separa tidak berpakaian di atas ranjang sambil menekan-nekan papan kekunci, bercerita kepada kamu tentang saya yang sudah mencuba entah berapa kali untuk mengarang sebuah cerita yang molek untuk saya baca bila-bila masa saya berkehendakkan.
dan ia rupanya tidak mudah.
saya bukan manusia kosmetik. saya cuma ada gel rambut, deodoran, berus gigi, dan ubat gigi. tidak ada pencuci muka minyak wangi kumur mulut dan lain-lain lagi. saya alergik sama benda-benda selain yang saya ada itu. saya percaya bahwasanya benda-benda selain yang saya ada itu jika saya guna hanya akan merosakkan jasad saya yang sudah tidak sempurna itu.
saya bukan lelaki ideal kamu. keding, hitam yang equal tidak kacak. menulis memasak atau apa-apa saja jenis art lainnya yang biasa buat kamu gadis-gadis turn-on secara membabi buta pun saya tidak ada.
posesi saya nil.
saya cuma 'lelaki lain' yang kamu tidak perasan kecuali bila saya hadang kamu di tengah jalan. itu pun kamu akan lalu-lalu dengan sumpah seranah sampai wajah saya ini cuma jadi orang minyak, atau keling mabuk todi bila hendak kamu alegorikan tentang 'seorang lelaki yang menghadang aku di jalan' kepada teman-teman kamu di pejabat atau rumah sewa atau kedai mamak.
btw, kalau kamu di jalan segama di kota kinabalu, dan kamu kebetulan sedang makan sambil hembus sigar di rahmat islamic house, mohon segera keluar dan terus ke 'kedai kopi sofa' di lot bangunan di hadapannya yang ada menyimpan khazanah artisan makanan jawa. kamu boleh order apa-apa saja makanan yang ada di menu mereka kecuali nasi goreng - rasanya pelik sedikit. tapi yang lain-lain tip top. saya jamin.
saya tidak minat ke butik-butik yang berjejer di pasaraya hiper yang berterabur di kota-kota utama malaysia. pakaian-pakaian yang mereka tayang di sana kebanyakannya saya boleh beli dengan sembilan puluh peratus lebih murah di kedai bundle. kualiti pun lebih kurang.
lagipun pakaian-pakaian di butik-butik itu semuanya menjunjung jenama. sedang saya cuma mahu junjung jenama diri saya sendiri. walaupun jenama itu equal orang minyak atau keling mabok todi sekalipun, setidaknya itu lah saya dan tidak perlu saya berpura-pura, dan bayar harga yang super mahal.
dan saya selalu puas dengan diri sendiri.
walaupun setakat ini saya masih belum berjaya karang sebuah cerita untuk saya baca bila-bila masa lalu saya jatuh suka.
mungkin tuhan tidak suka offerings tubuh bogel seorang lelaki keding. atau 'dia' sedang bermain-main dengan kuda saya di lobang 'alice in wonderland'. mana-mana pun saya stedi. nanti-nanti saya minta 'dia' rehat sebentar bersama kitkat supaya saya boleh tunggang kuda saya selaju boleh. di lobang 'alice in wonderland'.
amin.