Kehadapan
Sang Anonimus,
Cerita
yang akan saya karang ini, adalah cerita yang relevansinya dengan kamu mungkin
sifar. Cerita ini berkitar dengan saya, yang saya pasti dan berdoa, tidak kamu
kenal. Jika kamu tertanya mengapa secara luar jangka saya bercerita dengan
kamu, pendamkanlah. Saya rasa tidak ada apa cara sekalipun kamu boleh
manipulasikan untuk kamu bertanya kepada saya.
Kecuali
jika kamu percaya adanya tuhan di luar sana. Jadi mungkin kamu hendak berkirim
tanya kepada saya lewat doa kepada Siva, atau Christ, atau Buddha, atau Yahweh,
atau Allah, atau mana-mana entiti yang kamu pilih untuk percaya – terpulang ke
kamu.
Fyi
– cuma saya harap kamu berdoa sekali, agar saya ini bercakap dengan tuhan yang
sama dengan kamu. Baru mudah cerita kita. Kan?
Begini,
ini tentang saya dan crush saya. Sedang saya mencoret cerita ini, saya sedang
menanti dia di perhentian bas ini. Saya duduk dikerusi yang diperbuat dari
besi. Kerusi besi ini sekarang sedang bertindak balas dengan haba matahari yang
nampaknya sedikit dengki dengan bumi – kerana habanya hari ini terlalu membakar
kulit, lebih dari biasa. Jadinya saya sedang duduk di kerusi yang diperbuat
dari besi, yang hari ini kerana sifatnya, lebih panas dari biasa. Mujur jeans
yang saya sarung di kaki masih mampu jadi penebat yang baik, berkudrat jugalah
saya mencoret cerita tentang saya dan crush saya.
Dia
comel. Rambutnya panjang. Dan sedikit curly. Dia lebih suka ikat rambut ke
belakang dan bikin ekor kuda bila ke kelas. Walhal jika dilepas rambutnya, dia
nampak ayu, yang terlalu. Tapi moleklah juga dia bertindak begitu setidaknya
saingan saya berkurang, ha ha ha. Dan matanya, oh mata itu. Tuhan, mata itu
yang menjala hati saya.
Pernah
sebenarnya saya mencuba melawan, terlalu segan saya walau untuk menyangkut suka
sama perempuan selevel dia. Saya tentang perasaan saya habis-habisan berfikir
bahawa dengan cara ini, perasaan saya ini akan terkondensasi dengan dengan
sendiri, layaknya embun di pagi hari. Tapi sebaliknya, saya terkapar-kapar
hampir lemas. Dan di saat itu jugalah saya sedar yang saya tidak ada pilihan
lain melainkan berserah dan redha terhadap dia. Terhadap perasaan saya sendiri.
Dan
bermulalah advencer saya sebagai seorang chrusher, ha ha ha. Chrusher yang
dalam diam-diam mengempang segala rasa yang ada dalam dadanya dengan konkrit,
bancuhan simen, dan segala struktur yang dinamakan, segan. Ya, segan saya
menghalang saya untuk beritahu terang-terang apa yang saya rasa untuk dia.
Segan nanti dia kata tidak. Segan nanti dia gebang ke orang-orang. Segan nanti
saya tercaca-marba depan dia. Segan yang serba-serbi. Lengkap dari pangkal
hati, ke hulu jiwa.
Dan
sebab itu saya cuma mampu berkawan dengan dia. Entah bagaimana sebenarnya saya
boleh berkawan dengan dia. Lupa. Mungkin bila dia tanya tentang subjek yang dia
tak faham. Atau bila kami ditugas dalam satu kumpulan. Atau mungkin dia sendiri
sebenarnya chrusher saya dalam diam, ha ha ha.
Ah,
alangkah eloknya berfantasi. Nikmatnya imajinasi. Segalanya mungkin. Segalanya
boleh.
Serasa-rasa
saya, ini semester ketiga kami kenal dan berkawan. Dan kami makin kamceng.
Sudah boleh gurau yang kasar-kasar. Sudah boleh bertepuk bertampar. Sudah boleh
ketawa tanpa kawal. Sudah boleh potretkan apa yang sebenar. Tidak ada topeng.
Tidak ada pura-pura. Semuanya pure reality.
Dan
saya makin berani. Minggu lepas, di hari
yang sama, saya sudah rancang untuk beritahu dia perasaan saya. Di kerusi yang
membahang ini. Di perhentian bas tempat kami pertama kali jumpa.
Oh,
tentang hal itu. Dia sendiri sebenarnya tidak tahu di mana kami pertama kali
jumpa. Pernah juga dia kata kalau-kalau dia pernah jumpa saya, dan saya geleng
kepala, kata tidak tahu, mungkin imajinasi kamu. Bacul juga saya. Padahal kalau
terus terang kan mudah, tidaklah terjerat nanti dengan sendiri. Seperti apa
yang terjadi dua minggu kemudian bila dia jumpa saya sedang tunggu bas di
perhentian bas ini.
Pagi,
kami sama-sama sudah lewat setengah jam untuk kelas yang sama. Saya memang
sudah biasa lewat, tapi tidak dia. Jadi dia punya risau lain macam, saya tenang
kata rilek, lecturer ni ok. Sempat juga dia cungkil balik cerita pasal ‘di mana
aku pernah jumpa kau, ek?’ tapi cepat-cepat mati bila bas sampai.
Dan
saya lega.
Hari
ni kami akan rancang hendak tengok Istanbul Aku Datang. Dengan kawan-kawan
lain, of course. Dia yang ajak. Saya ikut saja. Boleh layan rindu kejap, ha ha
ha.
Sang
Anonimus, saya tidak tahu mengapa saya tiba-tiba hendak menulis tentang saya,
tentang dia yang saya suka, dan advencer sepele saya. Mungkin empang yang saya
bina sudah terhakis dan bocor. Lagi-lagi bila minggu lepas saya chicken out.
Jadinya mungkin dengan begini, saya bolehlah alirkan perasaan saya
sedikit-sedikit ke mana-mana yang saya rasa selamat. Selamat dari pengetahuan
dia.
Atau
tidak.
Sang
Anonimus, saya rasa hari ini saya hendak beritahu saja ke dia. Alang-alang.
Empang saya rasanya sudah roboh. Kertas ini yang saya kira adalah lobang
pengaman, rasanya sudah jadi bulldozer. Celaka juga, ha ha ha. Mungkin saya
akan menyesal, mungkin tidak. Tapi rasanya saya harus berani. Daripada nanti
dia disunting orang terlebih dulu. Lagipun bila itu yang jadi, rasanya saya
tidak akan mesra lagi dengan dia. Sakit woo tengok orang yang kamu suka bahgia
dengan orang lain.
Walau
macam mana pun filem cuba gambarkan yang sebaliknya. Ingat senang hendak
lepaskan chrush bertahun macam tu saja? Jangan harap.
Saya
akan beritahu dia saya suka dia. Bagaimana situasinya nanti saya tidak tahu.
Yang saya tahu, kali ini saya tidak akan chicken out. Biarlah saya diignore
lepas ni. Atau diboikot. Atau difriendzone. Saya peduli apa.
Jadinya
Sang Anonimus, bila kamu sudah baca ini, maksudnya saya sudah beritahu dia perasaan
saya. Dan saya, mungkin, sudah tahu jawapannya. Mungkin dia kata tidak, dan
kami jadi stranger. Atau mungkin kami sedang bahgia, dan sedang terbang di
awan-gemawan.
Mungkin.
Tapi
walau apa pun, saya harap kamu, Sang Anonimus, akan bahgia. Kamu baik, saya
tahu. Kalau tidak, kamu tidak akan baca sehingga habis cerita bosan, dan
tergantung ini (tidak kisahlah pun kalau kamu cuma hendak hilangkan bosan.) Dan
untuk orang sebaik kamu, saya harap tuhan berikan yang terbaik.
p.s-
tak perlu pun gusarkan nasib saya. Ia sedang dipegang, harapnya dengan aman, di
tangan tuhan.
p.s.s-
tak, bukan di perhentian bas ini.