Tuesday, 9 July 2013

s.- satu

hi FS.

kita dah bercinta for quite some time, kenal kenal. untuk tempoh quite some time itu, aku mengaku aku jatuh cinta. untuk lebih tepat lagi, frasanya begini (sebab jatuh cinta itu sejak lama dulu) the love thicken with every tick on the clock. tak reti nak terjemah frasa itu. mungkin begini, perasaan aku makin bergelora setiap kali. setiap kali yang bagaimana? 

setiap kali aku beritahu rahsia yang aku pendam sendirian selama ini. setiap kali kau ketawa dengan jenaka hambar aku yang aku sendiri rasa tak kelakar tapi kau ketawa dan aku gembira. setiap kali kau bikin aku berjanji tentang perkara yang absurd tak diterima akal menggunakan kelicikan kau. setiap kali aku pandang ke dalam mata kau dan yang aku masih lagi belum mampu melepaskan diri dari kosmik yang bergelora di dalamnya. setiap kali kau bergurau kasar dengan niat hendak bermanja. setiap kali kau merajuk tapi dalam masa yang sama masih peduli. setiap kali kau senyum bila aku setuju tentang hal-hal yang sebelumnya aku ragukan. setiap kali ada alir jernih di pipi atau genang merah di mata kerana aku. setiap kali kita menari dalam mimpi sunyi. setiap kali aku terkenangkan kita tidak berdua. setiap kali kita terus bercinta dalam kebenaran yang rahsia. setiap kali itu dan sejuta hal lain yang bikin aku jatuh cinta.

aku jatuh cinta.

FS, kadang-kadang aku ini terlalu mengada-ngada. risaukan yang tidak-tidak. hal yang bukan-bukan. aku mungkin dirusuh gundah tentang kau. maka terbit pertanyaan yang mengada-ngada, tidak-tidak dan bukan-bukan. tapi percayalah semua didalangi cinta (walau kadang-kadang didalangi sedikit oleh cemburu). 

FS, ini bukan surat ulang tahun atau meraikan tarikh istimewa. ini hanya aku, berbicara dengan kau, melalui surat pertama (yang sobek serba serbi) dari entah berapa jumlah surat yang akan aku karang untuk kau. dan aku berharap, dan percaya, surat-surat itu intinya tetap satu ; cinta.

dan cinta itu engkau. 

FS, ily.

No comments: