aku adalah sekuntum bunga
yang berasal dari akar yang disiram baja
tangkaiku adalah hidup
dan kubuku adalah duri-duri pengalaman
kelopak-kelopak yang menghiasi wujudku
adalah masa.
cintaku,
bersemi di bibir kosmik.
jauh, dan takkan dapat kugapai
walau akarku kian kekar
walau telah tangkaiku menjadi pohon
walau duri-duriku bertukar kasar
kelopak-kelopak
yang sudah menjadi daun-daun gesir
kubiar gugur satu-persatu
jadi calit di arus waktu
bahawa demi cinta, telah sekuntum bunga berusaha sehabisnya.
No comments:
Post a Comment