Monday, 22 September 2014

fragmen-fragmen

(i)
ada hujan di dadaku.

(ii)
malam ini sayang.
kegelapan adalah kucing manja
yang asyik menjilat tubuhku.

(iii)
aku telah lama ingin menyadarkanmu
akan hujan di dadaku.
tetapi aku masih kandas
dalam menduga apakah
ia mahu singgah di matamu.

(iv)
hujan di dadaku kian deras
dan tubuhku bertukar luka
dicakar gelap.

(v)
apakah aku akan begini saja, sayang?
mencintaimu tanpa bicara
dan luka yang panjang.
mencintaimu dalam keinginan
yang tak pernah mampu aku tamatkan.

No comments: