Thursday, 3 April 2014

sk8ter gun

rasanya kita patut berhenti untuk cuba buktikan tuhan itu wujud. ianya percubaan yang, pada saya, hampir-hampir tak ada makna. lagi-lagi kalau kita dok sibuk berdakwah pada atheist. ianya tak sync. sebab macam kita cuba ajarkan bahasa ayam kepada mentadak. sekali lagi, ianya tak sync.

mungkin kita patut gandakan usaha untuk hidup harmoni dengan semua orang. saya tak faham sangat dengan hostility antara theist dengan atheist dan atheist dengan theist. theist dok kata ianya melanggar moraliti agama mereka. dan atheist pula dok kata moraliti agama theist dah ceroboh moraliti peribadi dia. dan mereka pun berperang setiap hari.

yang lucunya, both atheist dan theist, kat facebook, dok sibuk berdakwah. yang atheist dok sibuk dakwah agama ni sumber kejahatan. yang theist dok sibuk dakwah yang atheist ni sumber kejahatan. ha ha ha. dan puncanya pun lebih kurang sama -- pengalaman peribadi.

atheist, sebagai contoh seorang perempuan di facebook, jadi begitu disebabkan pengalaman gelap dan kasarnya semasa kecil dan pertentangannya dengan agama. theist pula, tanpa ambil mana-mana contoh spesifik, jadi begitu sebab pengalaman peribadinya dibentuk oleh pandangan-pandangan sekunder yang negatif tentang atheist. 

masing-masing tak dapat nak console masing-masing punya fights, dan kena cairkannya masuk ke dalam facebook, macam lava. dan masing-masing minta diiktiraf. minta dihormati. minta pandangan mereka diterima tanpa perlu diadili panjang lebar. sebab? ianya pengalaman peribadi.

dan saya tak kata ianya salah. saya perhatikan saja. cuma itulah. dah macam tengok kucing dok gaduh dengan kucing yang berdepan dengan cermin. ianya kelakar dan sekaligus menakutkan. hah!

No comments: