Tuesday, 19 November 2013

of ügh, cereka

Dia ajak aku makan. Tak dia tak bercakap. Tapi dari gesture yang dia tunjuk. Pinggan dia telangkupkan. Sudu garfu dia letak kat tepi. Siap ada tisu. Tapi paling mengajak adalah nasi goreng kat tengah meja. Wasapnya berkepul. Macam keretapi stim. Dia duduk kat seberang meja. Semua utensil untuk makan. Dia letak hadap aku. Tengok? Inilah art of gesture paling sajak aku pernah alami. 

Masa dah duduk. Dan hadap nasi yang berkepuk atas pinggan. Lepas leka hembus wasap pergi. Aku tersedar. Aku dah tak marah kat dia. Lagipun aku tak pasti angkara dia. Atau orang lain. Mungkin dia mangsa. Macam aku. Jadi dia minta tolong. Dan cara minta tolongnya...

Nak cakap benda banyak kali pun aku malas. Perut aku dah bergelora berdepan godaan. Lagi-lagi nasi kat depan. Dari tadi meronta-ronta hendakkan aku. Jadi aku tak cakap panjang terus makan. Lepas dah habis, aku tak pasti. Nasi goreng dia memang sedap. Atau aku memang lapar.

Tapi yang gila babinya, soalan-soalan yang aku karang kat dalam kepala. Bila tengah sibuk kunyah nasi. Dan menentang sunyi yang tiba-tiba begitu jelas bila tengah makan tadi. Tiap-tiap satu lesap. Dan tiap-tiap satunya, bertukar jadi kejanggalan. Aku tak bergerak dari tempat duduk. Dari dia ambil pinggan aku. Sampailah dia menyingkir dari dapur. Aku tak bergerak. Entah apa jadi kat aku. Sampaikan mata aku lepas dah habis makan. Statik terus kat lantai. 

Dia pun tak bercakap apa-apa. Hanya teruskan dengan aktiviti dia sendiri. Bila dah ngantuk. Sebab aku tak tahu dia masuk belah mana. Bilik utama atau bilik tetamu. Aku tidur kat sofa. Malam itu susah aku nak lelapkan mata. Kejanggalan yang tadi aku rasakan, tengah ketawakan aku sekarang. Tiap-tiap satu tengah ketawa sakan macam babi.

No comments: