Semalam dia kembali ke rumah selepas dah dua hari habiskan masa di luar untuk jalankan pekerjaannya. 48 jam dengan tidur yang jumlahnya tak sampai 4 jam, waktu makan yang tak menentu, dan terpaksa berpergian dari satu tempat ke satu tempat terus menerus, buatkan tubuhnya benar-benar letih.
Jadi tidur tadi, di atas sofa, yang dia sendiri tak pasti berapa lama, benar-benar membantu. Sekarang, dia perlu makan. Yang didapatkan dari tidur kebanyakannya adalah menyingkirkan keletihan. Sebab itu dia pelik, dan mungkin ini jugalah yang buatkan dia terjaga sebab dia masih rasa sedikit letih, bahawa di rumahnya sekarang ada aroma masakan. Dia dapat dengar utensil dapur sedang digunakan tadi, bila dia tengah mamai. Tapi, dia bujang dan dia tak ingat apa-apa fasal terima penyewa lain di rumah ini. Mula-mula dia fikirkan semuanya sekadar mimpi tapi bila dia dah sepenuhnya sedar dan aroma ini menusuk-nusuk hidungnya, dia rasa ada yang tak kena.
Dia kena periksa dapur sekarang.
No comments:
Post a Comment