Hendak tak hendak, rindu yang kau usir jauh-jauh melalui sunyi yang kau cipta akhirnya pelan-pelan memanjat hatimu, bermula dari jemarimu sendiri. Ianya tidak berbentuk, itu kau tahu. Dan itu lebih merbahaya, kerana ianya boleh datang ketika kau tidak menyangka ketibaannya.
Dan kali ini ianya hadir dalam aksara-aksara yang difotokan lalu dikapsyenkan dengan kata-kata miliknya sendiri - dan membaca kata-kata tersebut, kau gundah. Hati kau gundah. Resah menyelubungi tingkah laku kau. Duduk kau tak senang. Berdiri kau kacau. Berbaring dan kau akan berakhir bergulingan bagai tenggiling di atas tanah bersemut. Kau cuba halau jauh-jauh perasaan itu dengan memecah sunyi yang kau cipta sendiri. Kau semula ke Twitter, FB, Goodreads, Instagram, namun di setiap satu itu kau akan berakhir ke profil dia. Kau baca, ketahui, tonton tentang aktivitinya sehari-hari. Dan kau dengar nama kau disebut dengan rahsia dalam aksara-aksara, dan foto-foto miliknya itu.

Kau tewas. Kau akhirnya tewas total. Kau baring. Dan kau diam. Kau senyum. Menerima sepenuhnya resah kerinduan yang dari tadi berusaha memanjat hatimu dari jemarimu sendiri.
No comments:
Post a Comment