Tuesday, 9 April 2013

-405

Harapan sebetulnya belum mati
walau malaikat sudah mula merayap di hujung kakinya

Harapan masih ada
pada caci-maki orang miskin
dan doa-doa orang kaya

Harapan masih lagi ada
pada janggut para lebai
dan bulu-bulu ari para santri

Harapan masih juga ada
ia tetap mahu mencuri nafas
pada kata putus muncung revolver
dan tangis teriak yang terpijak

Harapan sebetulnya belum mati
walau malaikat sudah mula merayap di hujung kakinya

Walau caci-maki
dan doa-doa

Dan janggut lebai
dan bulu-bulu ari

Dan muncung revolver
dan tangis teriak

Semuanya adalah talkin
yang sembari pelan-pelan
menggali kuburnya dalam-dalam

Harapan memang sebetulnya belum mati
ia hanya menunggu hari.

No comments: