Kau
mahu aku menari
di
sepanjang pengalaman-pengalamanmu
yang
sarat duri
Kau
mahu aku berdiri
Di
titis-titis air matamu
Yang
berserat sepi
Kau
mahu aku berlari
Di
bayang-bayangmu
Yang
selalu menyorok di balik solitud sunyi
Kau
mahu aku bersamamu
Di
setiap ketika
Yang
paling celaka
Di
setiap waktu
Yang
paling tak laku
Dan
jika itu syarat mendakap cintamu
Maka
dengar dan pahatkan dalam-dalam di jiwamu
--
Aku mahu.