Monday, 15 April 2013

02:50

Sudah kau asuh dia dengan kematian di setunas usia
Lalu menjadi bapa di usia muda
Malah terus melarat ke usia tua

Disumpah pula dengan anak-anak kurang adab
yang jarang perduli
yang hanya mahu sakiti.

Maka tanyaku sang pacal hina,
atas segala sengsaranya yang kau kurnia,
sakit derita itu apa pula perlunya?

No comments: