Para
yang melekat pada dinding, ditanggal, dan dibawa bersama senapang patah itu.
Keduanya diletakkan di dalam briefcase-nya. Dia ke bilik.
Di
ruang sebesar rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin itu, dia senyum. Dia bawa
kakinya, ke arah sebuah meja solek, sebesar tiga kotak khas untuk tiga peti televisyen
plasma 40 inci. Dia tarik keluar kerusi berona raja dari meja itu. Dia alihkan
hingga ke bahagian beranda bilik itu. Dia senyum.
Kemudian,
sekali lagi, dia pergi ke arah meja solek itu. Segala macam jenis alat solek
super mahal yang diimport khas dari negara luar, disapu dengan lengan agamnya.
Berterabur setiap satu di mana-mana yang sudah ditakdirkan untuk ianya jatuh.
Dia senyum.
Dia
ambil para yang dibawa tadi dari briefcasenya. Dia atur baik-baik kedudukannya
pada meja solek itu. Setiap darjah ditentukan dengan tepat. Semuanya dihafal
diluar kepala. Dia pakar matematik lulusan Harvard, dia tahu semua tentang
kiraan, itu kepakarannya. Setakat mengawal kedudukan sebiji para, itu mudah.
Dia senyum.
Dia
ambil senapang patah yang tadi dia simpan di atas sebuah katil queen size.
Seperti para tadi, dia atur kedudukannya baik-baik, muncungnya sudah dipastikan
kehadapan. Dan seperti para tadi juga, segala macam kiraan sudut yang
sepatutnya sudah diaturkan. Dia senyum.
Para
tadi diikat pada meja. Dan senapang itu diikat pada para. Berjaya.
Dia
tarik langsir yang menutupi bilik itu. Tak semena-mena biliknya dilimpahi
cahaya mentari yang sungguh silau. Habuk mikro yang selama ini tersembunyi
dalam kegelapan, dibogelkan terus. Lambang sudah dua minggu, bilik kosong itu
tanpa penghuni.
Dia
tak peduli.
Dia
tarik keluar tali dawai yang selama ini menggantung kemas langsir itu.
Pada
picu senapang patah itu, dia ikat dengan tali dawai tadi. Dia berjalan ke arah
dinding, dengan cara gostan. Setiap langkahnya digerakkan dengan penuh
hati-hati. Perlahan-lahan tali dawai itu ditarik, juga dengan penuh hati-hati.
Tidak mahu ada kesilapan luar jangka berlaku.
Sebelum
mencecah lima kaki dari dinding, dia berhenti.
Tali
dawai itu dijatuhkan. Sebiji pen buatan Jerman, digenggam kemas. Dan
menggunakan pen tersebut, dia ukir sesuatu pada dinding tersebut. Habis
terkikis cat Nippon Paint berwarna peach yang melindungi dinding tersebut.
Selesai.
Dia
senyum. Bibirnya digetap. Bergesel gerahamnya. Dari matanya, ada air jernih
mengalir. Dia masih senyum. Kepalanya ligat berpusing. Dia teringat semuanya.
Dan dia masih juga senyum. Dia pusingkan kepalanya sekadar patut, untuk melihat
dinding berwarna peach.
Sudah.
Dia
dongakkan kepalanya, matanya terpejam rapat, dengan air matanya tak berhenti
mengalir. Bibirnya dipaksakan kembangan sebuah senyuman. Di dalam hatinya,
kalimat Atas Nama Tuhan bersipongang lemah, kemudian dengan pantas, dia tarik
dawai itu.
Picu
tertaril kebelakang, peluru yang selama ini bermukim dengan diam di dalam perut
senapang itu, tersantak, dan meluncur laju, ia seakan gembira. Sekejap saja,
dan sebuah kepala terburai. Sisa otaknya, terlempar ke mana-mana. 90% dari isi
kepalanya, tersembur pada dinding peach tersebut.
Senyumannya
yang kian disimpan sedari tadi, hilang. Lehernya sudah tak berupa. Dia kini
tubuh tak sempurna.
.....
Sepuluh
hari selepas itu, isteri seorang lelaki datang untuk mengambil barangannya di
rumah bekas suaminya. Dia buru-buru ke bilik. Di setiap anak tangga yang dia
daki, dia teringat tentang bekas suaminya itu. 1 tahun pertama perkahwinan
mereka, mereka bahagia. Mereka adalah match made in heaven. Begitu juga 2 tahun
selepas itu. Walau ada masalah, namun setiap satu diselesaikan dengan hikmah.
Cuma
di tahun ke-4 dan 5, suaminya itu mula bersifat gila. Kekayaan menjadikan
suaminya leka. Setiap masalah, hanya akan membuahkan masalah lain. Dan satu
hari, hatinya yang terguris berkali-kali, bertukar menjadi marah dan benci,
tatkala dia yang baru pulang dari outstation, terlihat suaminya sedang
mengguliti seorang perempuan di atas katil mereka sendiri.
Di
situ, dia menjerit tak sudah.
Dia
lihat ada sekujur tubuh sudah digeluti serangga yang sungguh-sungguh
menjijikkan. Kakinya jadi lemah, tekaknya jadi loya. Dia muntah tak sudah. Dia
menangis bukan main. Lelaki yang pernah memikatnya dengan senyuman yang
menggiurkan, sudah hilang. Dia meraung. Lagi-lagi apabila dia lihat ada tulisan
berwarna merah yang kelihatan kering pada dinding bertintakan..
Maafkan abang, sayang.
Bekas
suaminya kini sudah mati. Dan dia meraung bagai tak bernyawa lagi.