Sunday, 9 December 2012

.013


Dari hari satu
Sudah ada yang jerit di telinga
MULA!

Dan dan itu juga
Hidup jadi satu lomba
Yang maha ganas dan tidak berperasaan

Tidak apa

Itu lumrah

Kerana realitinya kita
Adalah hewan yang lahir di rimba

Hanya pemangsa kita
Bukannya mahluk yang diselaput daging
Bersenjata kuku tajam dan taring panjang

Betapa aku berharap itulah mereka
Setidaknya privasi masih boleh kita cari.

Kita kini terperangkap

Antara mata-mata di langit
yang bukan milik tuhan

Dan tikus-tikus yang berkeliaran
di pintu sosial kita yang terbuka

Untuk membiar bermakna mati
Untuk menentang bermakna mati.

Pilihan?

Kelakarnya.